Allahu , beratnya menanggung dosa jika kita abaikan .
Kesian pada anak yang tidak tahu apa-apa . Mari kita
perhatikan apakah yang menyebabkan pasangan suami isteri dianggap berzina
sekiranya berlaku perkara berikut :
Sesungguhnya, permasalahan ini berat. Perhatikan soalan 1 –
9.
Perkahwinan seumpama ini, Hari ini memang tersangat biasa
kerana keluarga biasanya memilih jalan untuk menutup malu. Bila dapat tahu anak
“pregnant luar nikah”, cepat cepat dikahwinkan.
Berdasarkan kenyataan tersebut, nikah itu TIDAK SAH, maka
pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila… Persoalan ini telah
diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan lain timbul dari
persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan bersama anda di sini kerana ianya amat
penting:
Soalan 1: Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang
gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?
Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu
dilahirkan.
Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu
bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?
Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu
dilahirkan.
Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka
berkawin?
Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh
mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakan ayah kepada bayi
yang dikandung itu.
Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka
untuk memperbetulkan keadaan?
Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu
sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka
boleh bernikah sekali lagi,secara sah.
Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak
diperbetulkan?
Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu
tidak sah.
Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?
Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK
untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.
Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah
kepada anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak
perempuannya sendiri?
Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.
Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim Dan seorang
wanita Muslim (atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah
tindakan yang sewajarnya?
Mereka mesti tinggal berasingan segera Dan menunggu sehingga
perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.
Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam
keadaan ini, apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga
tepi kain sendiri?
Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab
anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan
keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak
sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.
Kesimpulannya: Ibu bapa, saudaramara, org2 kampung, tok2
imam, tok2 kadi Dan saksi-saksi yang tahu akan keadaan tersebut tetapi
mendiamkan, membiarkan atau membenarkan pernikahan tersebut diteruskan maka
mereka juga tidak terlepas daripada menanggung azab dan seksaan samada didunia
atau pun diakhirat…
Tolong jangan abaikan text ini. Ini merupakan satu perkara
yang serius. Jadi, fahami dan dalami betul-betul dan bincanglah dengan
Imam/ustaz sekiranya perlu.
Mafhumnya: Katakanlah: ‘Sesungguhnya sembahyangku Dan
ibadatku, hidupku Dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara Dan
mentadbirkan sekalian alam…
Sumber adalah dari
USTAZ ROSLI AL HAFIZ , jika tersalah atau terdapat ketidakpuashatian
terhadap entri ini , sila hubungi kami , admin sembangkencang . Kami komited
membantu anda insyaAllah











